PENGALAMAN SAYA BERSAMA HUGS PROJECT MALAYSIA KE 3 GUNUNG LUCIA MARIA MAGDALENA TAMAN BUKIT TAWAU SABAH#GUNUNGLUCIA#GUNUNGMAGDALENA#GUNUNG MARIA#TAWAU


25 Februari 2016 - Misi Hugs project malaysia mendaki 3 gunung lucia maria dan magdalena di tawau Sabah,malaysia yang telah diketuai oleh abg Laili basir telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Disini saya tuliskan beberapa pengalaman yang saya ingat semasa mendaki bersama mereka 5 hari 4 malam kalau tak silap saya.Antara sahabat sahabat sahabat dan pendaki yang turut serta ialah abang idan,abang mamat,abang amri abang boy,felix yang bekerja ditaman bukit tawau  termasuk abang shamsi (photographer) dan yang terakhir ialah saya(photographer)juga.Tujuan sebenar adalah meninjau dengan lebih dekat lagi kawasan yang dipenuhi dengan keindahan serta rahsia rahsia dan teka teki alam yang perlu dirungkai.jarang pendaki pendaki dari semenanjung naik ke 3 gunung ini sebenarnya.Hari pertama memulakan pendakian pada 25 feb 2016,pasukan telah menyemak menyimpan keperluan kelengkapan mendaki seperti khemah makanan dan barang keperluan lain didalam beg,telahpun kami siapkan awal sehari sebelum hari pendakian.bermula lah perjalanan kami agak jauh untuk pergi ke sesuatu check point ke check point yang lain. Sebenarnya Tugas tugas telah diberikan oleh abg laili basir pada setiap peserta yang mendaki antara tugas membaca topo map,compas,membuka jalan ialah abg idan abg am abg mamat dan felix.Manakala saya dan abang shamsi pula ditugaskan mengambil gambar sepanjang pendakian.Saya sebenarnya tidak pernah mendaki gunung pun tapi inilah pengalaman kali pertama saya mendaki.Amat perit sebenarnya berjalan dengan muatan beg yang lebih dari 20 kilo tapi inilah yang harus dilakukan oleh mana mana pendaki kerana di dalam beg mengandungi pakaian,barang barang makanan dan lain lagi.kerjasama dalam membawa makanan dan peralatan pendakian bersama amatlah penting seperti bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.belum sampai ke campsite lagi saya telah letih dan sampai tak larat berjalan,sampai kami  telah terpecah dua group satu di hadapan dan satu dibelakang,group dihadapan abang laili abg idan abang mamat dan abg am mungkin telah smapai di campsite tapi saya abg shamsi abang boy dan felix telah memilih untuk bermalam di pondok sebelum campsite.nak cerita malam tu adalah beras sikit masing masing ayam seekor kongsilah kami berempat.asal dapat mengalas perut pada malam tu.masak pun ala ala kadar pada malam tu tapi yang pelik habis makanan yang kami masak malam tu.apa lagi bila perut dah kenyang masing masing keletihan dan ada yang terlelap.malam tu ada jugalah si felix ni buat unggun api,untuk menghalang binatang binatang buas dari menggangu pondok kami.keesokanya tersedar dari tidor tergelak gelak abang boy abang shamsi dan si felix ni,rupa rupanya mereka kata saya tidor dengan labah labah taratula di atas pangkin pondok sambil mengigau ngigau penat kikiki.pagi tu kami meneruskan perjalanan semula untuk mengejar group abang laili tadi,sampai di camp site mereka tengah menunggu kami untuk meneruskan pendakian.bermula lah perjalanan kami menuju ke puncak gunung lucia.kalau nak cerita pacat jangan cakap sampai saya kata kalau nak hisap hisap lah darah saya,akibat terlalu penat sampai saya tidak mempedulikan  pacat pacat sepanjang pendakian,sebab terlalu banyak sangat pacat di dalam perjalanan,itu adalah perkara biasa kata mereka.kekal tenang dan teruskan berjalan macam biasa kata abg mamat.pada tarikh 27 hb feb 2016 jam lebih kurang jam 5.38 petang akhirnya sampai juga kami di puncak gunung.pemandangan nya tidak lah seperti apa yang difikirkan tetapi cantik jugalah sebab banyak pokok pokok yang telah tinggi naik .seperti biasa bila sampai abg am abang mamat dan rakan rakan akan menebas semak samun di tapak perkhemahan kami.dan semua bekerjasama memasang khemah dan menyediakan makanan.Tak lupa juga pada solat semua. alhamdulillah.malam tu abang mamat yang masak lauk sardin sayur sayur semuanya terasa enak sekali macam dekat rumah orang kata.malam semakin meninggi kami habiskan borak borak dan ada yang telah tidur awal sambil abang amri dan abang idan menulis sesuatu  nota di buku catitan beliau.di puncak gunung ini juga masih terdapat beberapa talian telco namun amat tipis juga .Sambil rakan rakan yang lain membaca topo maps dan membuat persiapan untuk ke gunung magdalena pada esoknya,bermalam dipuncak gunung lucia di temenani bunyi bunyi cengkerik dan unggas  amatlah menenangkan dari masalah dan kesibukan duduk di kota.Pada tarikh 28 hb 2 2016 keesokan pagi nya abg mamat telah siap menyediakan sarapan pagi, kami sarapan sebelum memulakan pendakian ke puncak gunung magdalena.Pagi itu adalah pagi yang indah, pemandangan hijau serta cahaya matahari meyuluh pokok pokok tumbuhan menghasilkan cahaya ray of light dalam perjalanan,sambil sambil saya merakam kan juga gambar kenangan pasukan kami semasa cahaya ray of light menyimbah bumi.Untuk ke puncak gunung magdalena. mengambil masa dalam beberapa jam sahaja.banyak juga pokok pokok yang unik serta cendawan cendawan kulat,serangga serangga yang pelik pelik kami temui semasa perjalanan dari dua puncak gunung ini.setelah selesai ke puncak magdalena kami pulang ke campsite puncak lucia dan bermalam lagi disitu.pada pagi 1 hb march 2016 kami semua telah berkemas untuk menuju pula ke gunung maria.perjalananan yang agak lama sebenarnya untuk sampai kesana,dalam perjalanan ada juga kami menemukan air terjun berehat dan mandi disitu.dalam perjalanan ke gunung maria hujan mula turun membasahi bumi.siap kami memasang khemah dalam pukul 5 petang jua.kini kami berada di puncak gunung maria.pada malam itu hujan amat lebat disertai ribut.selesai makan malam kami semua tidor dan seingat saya hujan pada malam itu membawa kepagi.keesokan pagi nya semua bersiap untuk pulang dan sebelum pulang kami semua telah mengambil gambar sebagai kenang kenangan di puncak gunung Maria.dan perjalanan pulang seawal pukul 8 pagi 2 hb march 2016.kami smpai ke taman bukit Tawau semula pada jam 11.20 pagi bertemu semula dengan pengurusan  taman bukit tawau dan selesai acara penyampaian sijil kepada para pendaki.inilah serba sedikit kenangan pahit manis saya ketika bersama sahabat sahabat 5 hari 4 malam.kalau nak diceritakan lagi 10 malam tak habis.semoga kita berjumpa lagi semua dan semoga di harap baik baik sahaja.

 berikut adalah gambar gambar yang telah saya mbil dari awal perjalanan dan akan di update lagi.semua imej hak cipta terpelihara














































































































puncak gunung magdalena






















puncak gunung Lucia






puncak gunung Maria





























 

Comments

Popular posts from this blog

Air terjun takah tinggi Taman Negara endau Rompin selai johor

Event at Boraombak Marina Putrajaya

Sunrise putrajaya