PERLUMBAAN MOTOSIKAL MSF MERDEKA RACE 28 OGOS 2022

Pada 28 haribulan ogos 2022 saya telah pergi ke litar SIC Sepang untuk melihat  perlumbaan  motosikal berkuasa besar yang di anjurkan oleh MSF Malaysia speed festival merdeka race 2022.Untuk pengetahuan,saya telah melihat iklan tentang perlumbaan MSF pada kali ini di facebook.Setibanya saya di SIC pada jam 12.30 pm , Dan perlumbaan dijangka akan bermula pada jam 1.30 tengahhari.Keadaan cuaca yang amat baik pada masa itu, banyak membantu para pelumba pelumba motosikal untuk berlumba dengan baik pada saat pertandingan.Pada mulanya saya mengambil tempat di hadapan  jalan panjang di selekoh selekoh turn 14 di atas granstand,setelah memfoto beberapa keping disitu saya menukar tempat dan duduk di selekoh turn 15 untuk mengambil gambar pelumba pelumba sedang mengambil selekoh untuk menuju ke garisan penamat.Selesai para pelumba menamatkan pertandingan,dan acara pemberian hadiah sedang dijalankan,hujan mula turun dengan lebat membasahi litar sepang, Tidak ramai sebenarnya penonton yang hadir ketika itu walaupun iklan telah memberitahu masuk adalah percuma oleh media massa fb.semoga gambar gambar yang telah saya ambil  ini menarik minat orang ramai untuk datang ke litar sepang dan akan sentiasa memberi sokongan kepada dunia permotoran Malaysia.Dan semoga  akan ada pelumba pelumba baru yang akan mengharumkan nama negara diperingkat sukan permotoran antarabangsa satu hari .Akhirkata Majulah sukan untuk negara.

Berikut adalah gambar gambar yang telah saya rakamkan untuk aksi aksi para pelumba motosikal di pertandingan MSF merdeka race 2022 kali ini.

CAMERA CANON 5DSR LENS 70-200 non IS




































Comments

Popular posts from this blog

Air terjun takah tinggi Taman Negara endau Rompin selai johor

Event at Boraombak Marina Putrajaya

Sunrise putrajaya