Raptai Hari Kemerdekaan 29 ogos 2019

Masa ni kawan kawan semua dah shoot awal.cuma aku je last last raptai baru nak shoot sebab banyak kerja nak di siapkan sebelum ke kedah bagi tujuan  shoot majlis perkahwinan di sana.Seawal 7.30 pagi aku dah berada disini bagi merakam aksi aksi perbarisan hari kemerdekaan dengan menggunakan kamera Nikon D2 Xs untuk simpanan dan record shoot buat diri sendiri.Ada jua yang menyapa aku semasa disana antara kat kata photographer lain,abg ni press ke.aku tersenyum,aku kata bukan aku pun datang seperti kamu.
semasa rakaman disini,ramai juga orang awam  yang menyaksikan raptai  perbarisan hari kemerdekaan.apa yang aku dapat lihat dari mereka yang menyertai perbarisan antaranya tentera,polis,bomba dan banyak lagi dari  jabatan perkhidmatan awam,serta jabatan swasta dan ngo ngo malaysia.Sedih dan meremamg bulu roma juga apabila tiba perbarisan dari tentera angkatan tentera darat yang menyanyikan lagu lagu semangat mereka macam hendak pergi berperang.Macam macam bermain dalam fikiran kepala masa tu.jadi sesiapa yang mengatakan mereka tiada kerja bagi saya dialah pengkhianat negara.Dalam tak sedar siapa tahu mereka tidur malam atau tidak,merindukan keluarga mereka dan macam macam lagi predict yang kita boleh fikirkan  lagi.perbarissan raptai tamat dalam pukul 11.00 pagi rasanya.ada juga ajak kawan kawan minum tapi semua entah hilang kemana.ada juga yang tgh ambil tock photo,gambar contest dan macam macam lagi.apepun biar saya tidak sempat menyambut hari kemerdekaan yang sebenar,namun saya sempat juga merakam apa yang akan terjadi pada hari itu 31 ogos 2019 hari kemerdekaan yang disambut di presint 2 putrajaya.











Comments

Popular posts from this blog

Air terjun takah tinggi Taman Negara endau Rompin selai johor

Event at Boraombak Marina Putrajaya

Sunrise putrajaya