khazanah Alam Merapoh Pahang,Malaysia

Alhamdulillah hari ni cita cita aku bertemu abg wazari wazir di perkenankan setelah 7 tahun aku mengikuti gambar dan penulisan beliau semasa aku bekerja di jabatan perdana menteri pada tahun 2011 lagi di pameran kesatuan jurufotografi kesatuan awam (kejpa) & inframinda trainning multimedia diatas jemputan abg shamsi mohd yang turut serta di dalam pameran tersebut di kementerian komunikasi multimedia putrajaya.Kami bersembang panjang pada hari itu tanpa siapa peduli.beliau membawa aku ke ofis beliau dan menyuruh aku duduk di meja kerja beliau.di fikiran bermain,perasaan apakah pada hari itu bagi aku? sambil die menunjukkan gambar  photobook keluarga beliau...sungguh luarbiasa sekali pengalaman yang dihadiahkan beliau kepada aku,Rasa bersyukur yang teramat dengan sikap rendah diri beliau.Selepas dari itu kami kebawah semula dan saya berkongsi pengalaman merakam keindahan gua gua di pahang bersama orang yang membawa saya ke dalam dunia photography nature sebenar bemrula dari tahun 2013 tak lain tak bukan Ali Shamsul Bahar.Rakaman di gua sebenarnya ada teknik teknik tertentu,dan yang paling penting kita iklhas dan tidak takbur bila masuk ke tempat 2 bengini,wallahualam.Dan die juga tidak menafikan amat mengenali juga gambar gambar nature yang selalu di kongsi oleh Ali shamsul bahar selama ini.Lama juga kami bersembang dekat setengahari rupanya,
Apa yang saya nak kongsikan adalah khazanah alam yang perlu dijaga oleh semua penduduk malaysia tidak kira samaada di hutan serta di tempat tempat lain.kecoh dan viral awal tahun lalu di facebook oleh ngo malaysia abg laili basir yang aku selalu ikut beliau bagi membantu dalam rakaman gambar 2 gua suatu ketika lalu dan pada masa itu hutan merapoh pahang di toreh oleh pembalakan haram serta projek pembangunan baharu jalan kian di bangunkan di atas hutan hutan yang mempunyai khazanah seribu tahun yang amat bernilai.antara gua yang hampir rosak dan bersebelahan dengan projek ialah gua hari malaysia yang aku tak sempat lagi memfoto disana.Ianya juga turut mengancam kepada binatang dan haiwan liar juga yang tinggal di dalam hutan.Alhamdulillah kini semua nya sudah reda serta projek juga di berhentikan seketika di atas desakan penduduk setempat serta persatuan pencinta pencinta alam semalaysia.
apa yang saya ingin kongsikan antara gambar khazanah yang sempat saya rakam ketika saya mula jatuh cinta kepada gua pada tahun 2014 sehingga 2016.Sebenarnya sudah banyak gua di negeri negeri lain Doc Ali membawa saya masuk antara nya gua di negeri sembilan dan gua di negeri kelantan,
khazanah alam ini hendaklah di jaga agar anak anak cucu kita dapat menikmati dan mengenal alam suatu hari nanti.
antara gambar gambar koleksi peribadi gua saya yang sempat saya kongsikan..
just sharing
email amirkattni@gmail.com
ray of light di gua puteri sebelas merapoh pahang
gua sisik naga di merapoh pahang
gua tahi bintang di merapoh pahang
gua jinjang pelamin merapoh pahang





Comments

  1. salam bro.. berapa lama ye bila kita menyelusuri gua sisik naga ni.. mantap tempat ni.. nampak menarik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Air terjun takah tinggi Taman Negara endau Rompin selai johor

Event at Boraombak Marina Putrajaya

Sunrise putrajaya