Landscape view simfony lake klcc

Blue hour simfony lake klcc

Sesuatu yang kita kena belajar dalam dunia landscape ni adalah sabar dan redha dan ucapkanlah alhamdulillah bilamana kita tidak dapat merakam cahaya indah sekalipun.jauh perjalanan pagi tu menaiki motor ke kuala lumpur dari puchong selepas solat subuh.kelihatan juga bintang di pagi itu,menampakkan cahaya yang akan keluar pagi itu indah sekali,tetapi sudah ketentuan yang pagi itu mendung rupanya,alhamdulillah record shoot juga walaupun mendung bersama rizal mohd dan abg badrul hisam.selepas rakaman kami pergi ke warung pak hasan untuk menikmati sarapan pagi teh tarik, roti canai serta kuah kari kaki ayam disitu.Gerai pak hassan di kg baru adalah antara gerai yang menyediakan hidangan roti canai yang popular di kuala lumpur.di situ juga ramai landscaper landscaper berhimpun selepas membuat rakaman sunrise di kuala lumpur jika hari cuti.sambil sembang 2 photography kami semua berangkat pulang jam 9.30 pagi kerumah masing masing.

Kamera canon 7d
Amirkattni@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

Air terjun takah tinggi Taman Negara endau Rompin selai johor

Event at Boraombak Marina Putrajaya

Sunrise putrajaya