Explorasi Alam Royal Belum Lama Grik perak 7-12 Ogos 2017

Air terjun kecil sebelum ke kampung kepeng.royal belum lama.

Refleksi alam di perjalan ke kampung sanghoi

Imaginasi ku bersama alam

Antara laluan air sungai merah kelantan yang mengalir
Hingga ke sini.

Ait terjun sg kepeng.perjalanan untuk sampai kesini mengambil masa selama 3 hari.

Keindahan alam di royal belum lama.

Alhamdulillah selesai explorasi alam kami di royal belum selama enam hari 5 malam.perjalanan yang agak fit serta menguji kesabaran mental dan fizikal.sebenarnya permit untuk masuk kesini agak sukar juga sebenarnya alhamdulillah kami diizikan pada kali ini oleh perbadanan taman negeri.
Explorasi ini diketuai oleh tuan azharul shah serta 3 orang photographer termasuk saya,3 ranger perbadanan awam taman negeri perak,seorang researcher dan 4 facy yang menguruskan program ini sehingga selesai.
Keindahan disini tidak sama seperti keindahan di bandar.kita juga dapat melihat gajah 2 liar yang sedang berkeliaran.
Banyak kisah sebenarnya di royal belum lama ni,kampung belum lama ini dipercayai telah wujud di sekitar 130 juta tahun dahulu.ada 14 perkampungan lama bermula dari kg sg kejar sehingga kampung sepo.mengikut kisah yang di ceritakan oleh pak ayob berumur 68 tahun salah seorang facy kami dan die juga adalah seorang polis pga yang berkidmat pada tahun 1968 yang juga seorang penduduk kg royal belum baru menceritakan pengalaman beliau menentang komunis di sini pada tahu 1972.beliau berjuang bermati matian untuk negara pada masa itu.pihak kerajaan malaysia pada tahun itu telah mengarahkan kesemua penduduk 14 kampung di situ supaya berpindah ke royal belum baru akibat serangan hendap komunis yang ingin mengambil alih negara.kebanyakan penduduk di royal belum lama pada masa itu datangnya dari melayu pattani thailand.
Sejarah yang di ceritakan  pak ayob itu amat sedih sekali bagaimana dia dan rakan 2 nya pada masa itu menentang penjajahan komunis di dalam hutan yang tebal.kini semuanya menjadi kenangan suka dan duka buat beliau setelah melawat kembali ke tempat kenangan beliau semasa di royal belum lama.sumber pak ayob facy kami di sini.selesai explorasi kami telah mengira perjalanan kami disini pergi dan balik sebanyak 66 kilometer hutan ;)
Inshaallah semoga kita semua berjumpa lagi di masa akan datang .terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan explorasi ini.

Email amirkattni@gmail.com
016 6043791




Comments

Popular posts from this blog

Air terjun takah tinggi Taman Negara endau Rompin selai johor

Event at Boraombak Marina Putrajaya

Sunrise putrajaya